Bantuan
Pusat Sokongan JomPortal
Temui jawapan pantas, panduan asas dan saluran untuk menghubungi kami. Kami sedia membantu sekolah anda menggunakan JomPortal dengan sepenuhnya.
E-mel sokongan
hello@jomportal.com
Balasan dalam 1-2 hari bekerja
Waktu sokongan
Isnin - Jumaat
9 pagi - 6 petang (UTC+8)
Soalan Lazim (FAQ)
Apa itu JomPortal?
JomPortal ialah platform untuk sekolah membina portal digital murid dengan pautan SSO ke aplikasi sekolah seperti DELIMa, Google Classroom, Canva dan Microsoft, menggunakan Google Sheets sebagai pangkalan data.
Berapa lama untuk siapkan portal sekolah?
Wizard 7 langkah membolehkan sekolah menerbitkan portal dalam beberapa minit. Cukup sediakan nama sekolah, logo, URL Google Sheet dan susun aplikasi yang ingin dipaparkan.
Adakah JomPortal percuma?
Ya. Pelan Free menyediakan satu portal dengan sehingga 50 murid. Pelan JomPortal Pro membuka murid tanpa had, admin tambahan, tema lanjutan, dan banyak lagi ciri premium.
Bagaimana cara untuk naik taraf ke Pro?
Log masuk ke Panel Admin, pilih Langganan, dan pilih kaedah bayaran (pindahan bank/QR atau FPX/kad). Langganan Pro akan aktif selepas bayaran disahkan.
Mengapa data murid tidak muncul di portal?
Pastikan Google Sheet telah dibahagikan dengan betul (share) dan pautan yang dimasukkan sah. Semak juga Pemetaan Kolom (Step 3) supaya medan seperti Nama Murid, Kelas dan Emel DELIMa dikenal pasti dengan tepat.
Bolehkah sekolah menukar tema dan warna portal?
Ya. Di Step 6 — Theme & Background, admin boleh memilih tema seperti Forest, Space, Love, Techno dan Kids, serta tukar font dan warna mengikut identiti sekolah.
Panduan permulaan pantas
Sediakan Google Sheet
Pastikan sheet mempunyai lajur Nama Murid, Kelas dan Emel DELIMa. Setiap baris mewakili seorang murid.
Tanda medan untuk paparan
Di Step 4, aktifkan hanya medan yang perlu dipaparkan pada portal dan kad digital murid.
Pautan berkaitan
Masih perlukan bantuan?
Jika soalan anda tidak tersenarai di atas, sila hantar e-mel kepada hello@jomportal.com dengan menyertakan slug portal dan maklumat langganan anda untuk bantuan yang lebih pantas.